kakak ada bapa saudara yang sangat sukakan motosikal. dia ada sebuah motosikal yang sudah sangat lama usianya. motosikal HONDA C70 tu milik tok ayah sebetulnya. dulu lain rupanya sekarang pun dah lain. nak tahu kenapa? ayah su kakak ni dah modified motorsikal tu. cantik sangat. abah pun suka tunggang motor ni kalau balik kampung. kakak pun sama tapi, kakak tak pandai tunggang motosikal lagi, diboncengkan pandailah! bila nak balik kampung lagi ye?
cakap pasal ayah su, inilah ayah su kakak..encem dak? jejaka idaman malaya nih! betul tak cik su?
Thursday, 9 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Dari hati ibu...
Tika hidup didatangi ujian, hati kerap menyalahkan takdir tanpa sedar ujian itu datangnya dari kekhilafan diri-sendiri. Rapuhnya iman saat diri berkata kepada TUHAN begini: "Kenapa aku yang KAU pilih untuk ujian seberat ini?" Tanpa manusia sedar DIA menjawab, dengan harapan manusia tenang seketika menghadapi ujian-Nya: "Aku tidak membebani hamba-Ku dengan sesuatu yang tidak mampu hamba-Ku tanggungi" Hati manusia masih tegar merajuk dan sukar dipujuk, ada sahaja rintihan demi rintihan. Sehinggakan adakalanya mengalir air mata menanggung beratnya ujian. Bukan hati tidak redha tetapi tidak semua kudrat manusia sama, air mata juga berbeza nilainya. Masakan Nabi jua menangis saat pemergian serikandi agung Saidatina Khadijah. Manusia merintih lagi, kali ini bersama linangan air jernih: "Aku hampir berputus-asa ya ALLAH, aku hampir rebah.." TUHAN tersenyum, hamba-Nya belum lagi mengetahui erti kasih & sayang di sebalik ujian itu. DIA tidak jemu memujuk hamba-Nya, lantas berfirman lagi: "Sesungguhnya apa yang kamu sukai belum tentu baik bagi kamu dan apa yang dibenci olehmu (kesakitan dalam ujian) boleh jadi ia baik untukmu. AKU mengetahui segala apa yang tidak diketahui olehmu" Tiba-tiba hati mula terasa dipujuk & dibelai lantas beristighfar seketika. Merenung sejenak kalau-kalau ujian ini berupa kaffarah dari masa lampau. Mengalir lagi air mata si hamba teresak-esak. Baru tersedar sekian lama dia tidak diuji sebegini. Sambil menadah tangan hamba itu berdoa: "Ya ALLAH, akhirilah segera ujian ini agar aku tenang menghadapi kehidupan seterusnya" Tuhan tidak segera menarik ujian itu, DIA mahu hamba-Nya sendiri mengerti nilai cinta yang ada pada keperitan tersebut. Bahkan adakalanya semakin berat ujian yang ditanggung. Yang DIA mahukan hanyalah kesabaran & doa daripada hamba-Nya. Tuhan cuba meyakinkan hamba itu: "Sesungguhnya bersama kesusahan ini, ada kesenangannya" Tuhan berkata lagi: "Sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yang sabar" Lama hamba itu berfikir, akhirnya dia mengukir senyum dengan hati yang sedang menangis. Hati kecilnya bersuara untuk kali yang terakhir, dengan harapan TUHAN mendengar rintihan itu. "Tuhan, aku redha.." Lalu termakbullah sebuah cinta dan kasih sayang ALLAH untuk hamba-Nya. Tika hamba itu sedang sarat menanggung beban ujian dia mengeluarkannya pada jalan yang tidak disangka-sangka. Dicurahkan nikmat yang pelbagai hasil kesabaran hamba itu.Sedetik dia berkata: "Tuhan, kalaulah aku mengerti sejauh ini cinta yang KAU akan berikan kepadaku, sebesar manapun ujian dari-Mu akan aku hadapinya dengan segenap jiwaku. Biar terlerai jasad & nyawa, demi cinta & kasih-Mu yang agung ini, aku sanggup melaluinya.." "ALLAH, ampunkan aku jika rintihan ini tidak layak aku utuskan untuk-Mu" Setitis kamu diuji, selautan rahmat dan kasih ALLAH dilimpahkan. Sesaat kamu bersedih, selamanya DIA bersama kamu.
sumber dari afiqsaleh.blogspot.com
sumber dari afiqsaleh.blogspot.com
ibu, bersabarlah..
bersabarlah, dan bertawakallah dalam kehidupan ini
sesuatu yang terjadi itu tentu ada hikmahnya..
penderitaan yang engkau rasakan hanya suatu dugaan
dan janganlah kau bersedih hati
tuhan maha penyayang...
ibu kena selalu kuat dan selalu sabar ye! ingat, Allah bersama orang yang sabar...
sesuatu yang terjadi itu tentu ada hikmahnya..
penderitaan yang engkau rasakan hanya suatu dugaan
dan janganlah kau bersedih hati
tuhan maha penyayang...
ibu kena selalu kuat dan selalu sabar ye! ingat, Allah bersama orang yang sabar...
Monday, 6 June 2011
Inilah adik saya...Maiyah!
kawan-kawan, kakak ada adik kecil nama dia Ainul Dania Sofea. comel sangat! macam kakak lah..umur dia 4 bulan. sudah pandai bergolek-golek di tilam. kakak tak sabar mahu main-main dengan adik Maiyah. mahu ajak dia main macam-macam. kalau kawan-kawan nak tahu, kakak sudah pandai tukar lampin adik Maiyah tau! hehehe...ada satu hari tu, kakak buat praktikal sendiri, masa itu ibu sedang tidur, bila ibu sedar dia lihat adik Maiyah sudah separuh bogel kakak kerjakan, apa lagi, ibu pun menjeritlah! hehehe..nasib baik ibu tak marah kakak...kakak nak belajar jadi kakak yang baik, tak salah kan? adik Maiyah, cepatlah besarrrrrrrrrrrrrrrr!!!!
Ibu nak mandiiii!
kawan-kawan nak tahu? kakak sangat suka main air. kakak suka mandi. bayangkan satu hari kakak akan mandi 4-5 kali! bila sudah mandi, selang 15 minit nanti, kakak akan cakap pada ibu, "Ibu, nak mandi!" ibu dengan sabar menjawab, "Nanti petang kita mandi lagi...." kakak cukup seronok bila tiba waktu mandi, dapat main air, dapat main buih sabun! Ibu, kakak nak mandiiiiiiii!
1, 2, 3.........a b c!!!
alhamdulillah, kakak dah pandai membilang 1, 2, 3 sampai 10!! yey..terima kasih ibu terima kasih abah! semalam abah belikan kakak abjad a b c dan kakak sangat seronok sebab dapat bermain dengan abjad-abjad berkenaan. terima kasih abah! sekarang abjad berkenaan kakak lekatkan pada peti ais!
Selamat datang ke dunia saya!!
assalamualaikum...
yey..kakak dah ada blog! ibu dah binakan blog untuk kakak coretkan apa sahaja yang kakak mahu. apa sahaja yang berkaitan dengan diri kakak, juga adik kakak, Dania..er, kakak panggil dia Maiyah. ini juga sesekali akan menyampuk, tak kisahlah..
kenapa nama dia DUNIAAINUL? sebab kami adalah AINUL di hati ibu!
yey..kakak dah ada blog! ibu dah binakan blog untuk kakak coretkan apa sahaja yang kakak mahu. apa sahaja yang berkaitan dengan diri kakak, juga adik kakak, Dania..er, kakak panggil dia Maiyah. ini juga sesekali akan menyampuk, tak kisahlah..
kenapa nama dia DUNIAAINUL? sebab kami adalah AINUL di hati ibu!
Subscribe to:
Posts (Atom)