Assalamualaikum...
Lamanya kakak tak jenguk blog ni almaklumlah sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti siang dan malam..tapi kan, rasanya belum terlewat untuk kakak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini..moga setiap amalan yang dikerjakan mendapat keberkatan, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah yang maha Esa...
buat ibu, moga akan sentiasa bersabar dalam melayani karenah kakak dan adik Maiyah. er, kakak panggil Maiyah dengan nama baru..EMBAM!hehehe...sebab dia tembam!
DuniaAinul
Apa sahaja yang saya ingin anda tahu, akan saya khabarkan
Tuesday 9 August 2011
Monday 11 July 2011
Berehat di FRIM
assalamualaikum..lamanya kakak tak menjenguk blog ni..maklumlah..sibuk memanjang! nak cerita, ahad lepas kakak sefamili, cik noorol huda dan famili, cik Firdaus sefamili, cik yati sefamili berehat-rehat di FRIM..best sangat..sebab dapat main air..kakak dah lama tak ke mana-mana sebab ibu dengan abah sentiasa sibuk, kali tak lepas peluang bergembira dengan kawan-kawan..seronok sangat! yang paling best, dapat makan-makan!
Seronok sangat tengok Adik Maiyah and gang (Iman dan Ihsan) bergolek atas tikar ni..kakak? sedang cari gelas sebab nak minum air
Sunday 19 June 2011
Jom Mengemas
hari ni (Ahad) seperti Ahad yang lepas-lepas ibu dengan abah akan sibuk kemas rumah. bersihkan itu dan ini, lap lantai, cuci longkang, cuci dan jemur kain...sibuknya! kakak pun tolong juga tau! jangan sangka kakak duduk diam je tengok mereka bekerja. adik Maiyah je yang takde buat apa-apa..hehe
hari ni kakak tolong abah cuci lantai dengan longkang..wahhh..seronok sangat dapat main air..ops! hehe..kakak main air je, bukan tolong buat apapun..maka, setiap hari ahad ibu dengan abah bagi kakak greenlight untuk main air sepuas-puas hati!
terima kasih ibu, terima kasih abah!!

gambar ni masa kakak tolong abah cuci lantai bulan lepas..hari ni takde gambar baru..takpelah, ceritanya sama juga..er, baju pun sama juga!
Monday 13 June 2011
Ke Janda Baik
Hujung minggu lalu kami sefamili ke Janda Baik. kata ibu, kita menziarah keluarga yang sudah lama tidak dikunjungi. kakak pun dah lama tak ke sana. masa kakak pergi dulu pun, kakak masih kecil lagi. masa kat Janda Baik, kakak jumpa nenda Ainon dengan atuk Profesor Abdullah Hasan. ibu kata, dia sayangkan mereka berdua sama seperti ibu sayangkan nenda dan tok ayah.
kakak seronok masa kat sana. kawan-kawan nak tahu? kakak dapat satu ilmu baru masa kat sana. kakak belajar memancing daripada atuk Profesor. besttt..yang paling best, kakak boleh bagi ikan makan. seronok sangat.
malam tu pula, kami mengacau cik Zana. kata ibu, cik Zana itu kawan lama ibu. dulu ibu satu tempat kerja dengannya. kami ke sana nak menziarah abang muaz anak cik Zana yang kemalangan tempoh hari. kami tak berpeluang melawat dia di hospital Temerloh. jadi, sementara ada kesempatan, kami pergilah melawat dia di rumahnya. abang Muaz, kuatkan semangat ye! kami doakan moga-moga abang Muaz akan lebih kuat selepas ini..aminnn...

kat kolam dengan abah. abah sedang testing joran atuk profesor
abah, tumpang lalu. kakak pun nak memancing juga!
hasil tangkapan kami..best..kami kenduri di rumah cik Zana
di surau yang mendamaikan
er, macam orang baru bangun tidur kan?
tengok adik Maiyah sedang bergolek-golek!
ibu, abah, nanti bawa kakak dengan adik Maiyah ke sana lagi ye!
Saturday 11 June 2011
Dikunjungi Mama dan Bunda
hari ni, kakak dikunjungi mama dan bunda. wah, seronok sungguh! maklumlah, sudah lama kakak tak bertemu mama dan kak aqis. hari ni, rindu tu terubat juga. tapi, yang paling seronok adalah bila kakak dapat mengikut mama pergi kenduri di Batu Caves! kakak tinggalkan ibu dengan adik Maiyah..hehe..ibu, jangan marah ye!
Friday 10 June 2011
Dari emel ibu..suatu perkongsian
Cerita dibawah hanya untuk panduan kita semasa kita masih hidup....... ........
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik perpisahan semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu.

"Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Thursday 9 June 2011
terima kasih mama...
kawan-kawan nak tahu, kakak setiap hari akan 'ditumpangkan' ke rumah mama. yelah, nak buat macam mana kan, kalau kakak di rumah, susahlah sebab ibu kerja. lagipun kakak belum mampu menjaga diri sendiri. (makan pun ibu yang sediakan!) hehe..
tapi kan, sekarang kakak dah tak duduk dengan mama lagi sebab mama dah pindah ke uk perdana. ikut hati kakak nak je duduk dengan mama tapi ibu kata, jauh sangat nak hantar dan ambil. nanti ibu dengan abah lambat pergi kerja. sekarang kakak menumpang kasih bunda. bunda ni, adik mama. dan insyaAllah, dia juga baik macam mama. mudah-mudahan..doa-doakanlah ye!
mama, kakak nak ucapkan terima kasih sebab sudi jaga kakak dan sesekali adik Maiyah dengan baik selama ni. rindulah nak jumpa mama lagi. insyaAllah, ibu janji dengan kakak nak bawa jumpa mama nanti.

mama..terima kasih!
Subscribe to:
Posts (Atom)